Lebih membanggakan, Aishah menyiapkan pelindung muka ciptaannya itu seorang diri sejak hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi laman sosial Instagram (IG), penyanyi Janji Manismu itu turut menyediakan tutorial cara-cara menghasilkan ‘face shield’ yang baik dan selamat.
Selain itu Aishah turut memberitahu kepada pengikut IGnya, dia membeli barangan untuk membuat face shield secara online.
Rata-rata peminat memuji usaha Aishah, malah ada yang mahu menjadi sukarelawan membantunya menyiapkan kesemua pelindung muka tersebut.
Aishah sebelum ini pernah berkongsi ciptaan pelindung muka pertamanya menggunakan botol air 5 liter sebelum menaik taraf ciptaan tersebut.
Usaha Aishah yang tidak pernah putus untuk membantu petugas barisan hadapan mendapat pujian pengikut dan peminatnya di IG. -gempak.com-