,

Farah Lee Kongsi Rekaan Tudung Segera, Khas Buat Petugas Kesihatan Muslimah, Material Tak Panas!


Personaliti media sosial yang juga bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee berkongsi kepada umum rekaan tudung segera yang dihasilkan untuk diedarkan kepada petugas kesihatan sebagai pelengkap pakaian perlindungan diri (PPE) bagi golongan muslimah.

Menurut Farah, bagi fasa pertama sebanyak 2,500 tudung segera dan 5,000 helai penutup kepala PPE akan diberikan kepada petugas barisan hadapan.

"Selfie sebab nak tunjuk tudung segera #C19HijabProject yang bakal diagihkan kepada frontliners muslimah untuk dipakai di bawah set PPE mereka.

"Semoga dengan adanya tudung segera ini, frontliners muslimah masih dapat menjaga aurat dengan sempurna. Tak perlu pakai tudung sendiri ke tempat kerja, selesa dan ringkas. Jadi, tak panas kuyup di bawah set PPE, insya-Allah," kongsinya menerusi satu posting di Instagram miliknya.






Katanya, edaran tudung dan penutup kepala itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Farah sekarang sedang usahakan untuk fasa kedua pula memandangkan permintaan masih sangat tinggi. Kutipan setakat ini, lebih kurang RM32,000. Alhamdulillah!


"Pada pusat kesihatan yang perlukan bekalan tudung segera ini ataupun penutup kepala dan penutup kasut PPE, boleh terus email Farah di esabel.team@gmail.com," jelasnya.

Sebelum ini, Farah menyuarakan hasratnya untuk membantu golongan frontliners yang berdepan masalah bekalan penutup kepala dan tudung pakai buang bagi golongan muslimah. -gempak.com-