Foto yang tular di media sosial itu adalah status yang di kongsi Mohamad Zuhdi di laman sosial Facebook (FB) ketika menikmati beberapa aktivitinya di Turki.
Mohamad Zuhdi telah dikecam warganet yang menganggapnya bongkak ketika menulis status; “orang tua-tua kata Corona Virus takut salji…” di FB.
Dia turut berkongsi foto sedang menikmati minum petang bersama beberapa temannya sambil mengajak rakan-rakan FB bermain ski.
Bagaimanapun pada 5 April, Mohamad Zuhdi memuat naik status memaklumkan dirinya positif COVID-19 dan telah dikritik hebat warganet.
Apatah lagi, apabila derma kilat telah dikutip untuk membantunya.
Tidak berdiam diri, Mohamad Zuhdi tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.
“Viral gambar saya di Turki dan main salji, gambar itu bertarikh 15 Mac dan begitu juga dengan poster kutipan derma kilat, saya sendiri pun tidak tahu.
“Baru tadi pihak lajnah kebajikan pemuda hubungi saya nak serahkan sumbangan RM3000, saya sendiri tidak terima dan mohon diberikan kepada NGO yang banyak membantu masyarakat di luar sana yang sangat memerlukan.
“Saya nasihatkan yang tidak tahu apa-apa ambillah Al-Quiran dan isikan masa anda dengan bacaan Al-Quran,” tulisnya.
Mohamad Zuhdi turut memberitahu dia bekerja dengan Agensi Pelancongan Saff Travel dan berlepas ke Turki pada 13 Mac bersama Kembara Mukmin Travel.
Katanya, waktu itu Turki belum ada COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum diumumkan Perdana Menteri.
Rombongan Mohamad Zuhdi kembali ke Malaysia pada 22 Mac lalu.
credit to gempak.com