,

Chef Di Wuhan China Pilih Tikus Buluh Sebagai Hidangan Utama Sebelum Tercetus Covid-19


Masyarakat China sememangnya terkenal dengan hidangan makanan terdiri daripada haiwan-haiwan eksotik.

Maka tidak hairanlah jika pasar basah di Wuhan terkenal di seluruh dunia dek kerana pelbagai jenis daging haiwan yang dijual di sana termasuklah daging Koala.

Baru-baru ini didedahkan salah satu lagi makanan kegemaran penduduk di China ialah tikus liar.

Malah menurut laporan Daily Star puluhan ribu penternak dan cef di China memasak dan menjual tikus liar, sebagai sajian utama mereka sebelum pandemik Covid-19 berlaku.

Dikenali sebagai “tikus buluh China”, ia menjadi pilihan kerana dagingnya dikatakan berkhasiat.




Malah, segelintir cef mempunyai banyak sebab untuk memakan haiwan itu.

Bagaimanapun, penjualan tikus dilarang ketika krisis Covid-19 meskipun ia dijadikan sebagai hidangan di negara itu sejak lebih 1,000 tahun.

Keputusan itu dibuat setelah ahli epidemiologi terkemuka, Dr Zhong Nanshan pada Januari mendakwa bahawa wabak itu boleh dikaitkan dengan makan tikus buluh.

Sehubungan itu, China membuat keputusan untuk melarang perdagangan kira-kira 25 juta tikus buluh di negara republik itu, terutama di wilayah selatan.


Sumber : freemalaysiatoday.com