Perkara itu diluah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Aliff, dia telah membuat persiapan raya lebih awal sebelum pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia.
"Saya rasa virus ini sampai raya, sebenarnya ini adalah tahun yang paling menyedihkan.
"Video ini (yang dimuat naik di entri tersebut) saya rakamkan sebulan sebelum cronola, cuba korang bayangkan abang siap buat photoshoot lagi," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Aliff turut mendoakan orang ramai agar sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan gembira.
"Sedih sangat, apakah tidak pernah dirancang untuk ke tahap ini, semua kerja hold dan tak gerak.
"Abang doakan semua dalam keadaan yang sihat dan gembira," tulisnya lagi.
Minggu lalu, tindakan Aliff yang mengunjungi rumah ibunya, Rozita Ibrahim telah mengundang kecaman di media sosial.
Rata-rata netizen mengkritik tindakannya itu kerana dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan. -gempak.com-