,

Shah Iskandar Mohon Maaf Setelah Dikecam Jual Kit Ujian COVID-19


Kecoh sejak semalam apabila pelakon Shah Iskandar menjual kit ujian pengesanan COVID-19 di Instagram secara terbuka. Menerusi perkongsian itu, Shah memberitahu dia juga sudah menjalani ujian pengesanan virus berkenaan menggunakan kit ujian tersebut.

Susulan tindakannya itu, Shah dikecam teruk oleh netizen yang mempertikaikan perbuatannya dianggap melanggar undang-undang. Malah, ramai yang mempersoalkan sebegitu mudah melakukan ujian berkenaan dan ada yang sudah melaporkan perkara itu kepada pihak berkenaan.




Bagaimanapun, tidak lama kemudian Shah memadam posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka secara live di Instagram.

Shah turut menafikan dakwaan dia mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah dan niatnya hanya untuk bantu mereka yang tidak mampu untuk membuat ujian saringan virus berkenaan.

“Disebabkan hal ini melibatkan sensitiviti dan dituduh mengambil kesempatan nak kaut keuntungan, saya dengan rendah diri memohon maaf. Terima kasih kerana menyedarkan benda itu tak sepatutnya dijual,” katanya.





Sementara itu, isu tersebut turut mendapat perhatian pengamal perubatan yang menjelaskan kit ujian perlu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu kerana bimbang ia memberikan keputusan yang tidak tepat. -rotikaya-