Setiap pasangan yang baru berumah tangga pasti akan pergi berbulan madu, namun buat Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli, mereka hanya berbulan madu dirumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Emma turut memuat naik foto intim bersama suami dengan pakaian sedondon. Emma turut menggesa orang ramai turut duduk di rumah serta patuh dengan arahan kerajaan.
Di ruangan komen rata-rata netizen teruja melihat aksi manis pasangan suami isteri itu. Malah ada yang mendoakan agar pasangan itu dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Bagaimanapun, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang segelintiri netizen yang menegur pelakon itu agar tidak telalu menunjuk momen intim mereka kepada umum.
Selamat berbulan madu diucapkan kepada Emma dan suami, semoga rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga. Untuk rekod, Emma dan Shazli telah sah bergelar suami pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara. -rotikaya-