Sedang hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya, perkongsian ushawan kosmetik,Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai dengan kapsyen yang mengundang pelbagai persoalan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff meluahkan rasa keliru dengan kasih sayang seseorang adakah ianya ikhlas atau hanya bersandarkan wang ringgit semata-mata. Lebih menjadi tanda tanya apabila Aliff memuat naik gambar tanpa kelibat isterinya.
“Kadang-kadang kita keliru orang sayang kita sebab duit atau ikhlas. Bahaya kalau sayang sebab duit dan rapat sebab duit sebab duit akan habis. Siapa setuju?” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan mengapa usahawan itu tidak lagi memuat naik gambar bersama isteri. Malah turut bertanyakan mengapa Aliff tiada pada sambutan hari lahir isterinya.
Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri apabila apabila usahawan kosmetik itu tidak lagi mengikuti akaun Instagram isterinya, Datin Nur Shahida sekaligus mengundang pelbagai spekulasi netizen. -Rotikaya-