Kemelut antara ushawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan pelawak Ali Puteh berakhir jua apabila kedua-keduanya memutuskan untuk bertemu dan berdamai. Perkhabaran baik itu dikongsikan oleh Aliff menerusi Instagramnya sebentar tadi.
Menurut Aliff, persengketaan di antara mereka sudah pun berakhir dan dia berharap agar hubungan antara mereka akan berkekalan sebagai sahabat, malah Ali turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia akan berkunjung ke rumah Ali untuk bertemu dengan keluarga arwah Abam tidak lama lagi.
Terdahulu, kontroversi antara mereka tercetus apabila Aliff menemu bual isteri Allahyarham Abam Bocey. Tinddakan Aliff bertanyakan kepada Nor Hidayah mengenai harta peninggalan Arwah Abam mengundang kemarahan Ali sehingga mencetuskan perbalahan. -rotikaya-