2020, Malaysia
Minggu lalu, Sherry Ibrahim dikecam teruk selepas memuat naik fotonya memakai seluar sukan berwarna nude yang seakan menyerupai warna kulit. Netizen berpendapat pakaian itu tidak sesuai dengan imejwanita Muslimah.
Enggan ambil pusing dengan kecaman netizen yang menyifatkan imejnya itu dikatakanberpakaian tetapi telanjang, Sherry berkata tiada salah untuknya mengenakan pakaian itu untuk bersenam.
“Selagi selesa, saya tidak perlu kisah dengan tanggapan netizen. Jujurnya, saya tiada niat mahu menularkan gambar berkenaan. Saya rasa tiada apa yang salah, bukan berbogel. Setiap wanita bersenam akan mengenakan pakaian sama.
“Malah, ada wanita mengenakan pakaian sedemikian di luar studio, cuma tidak tular. Malangnya, saya selebriti, jadi apa yang dilakukan menarik perhatian netizen,” katanya kepada Astro Gempak.
Sherry berkata dia tiada niat untuk mencetuskan kontroversi tetapi dia terpaksa memakai seluar sukan itu semula untuk pulang ke rumah kerana terlupa untuk bawa persalinan pakaian baru.
“Saya tertinggal seluar pada hari berkenaan. Jadi, saya terpaksa memakai semula seluar sukan selepas mandi. Saya tutup dengan beg besar dan terus pulang. Saya tak berada lama dalam pusat membeli-belah berkenaan.
“Saya tutup ruangan komen kerana tidak mahu kecaman berterusan. Saya tak suka membalas komen kerana tidak nampak keperluan untuk menerangkan perkara sebenar. Bagaimanapun, saya hormati nasihat yang berikan,” katanya. -rotikaya-
Saya Rasa Tiada Apa Yang Salah, Bukan Berbogel