,

Pulang Dari Umrah, Ayda Jebat Sudah Berhijab?


Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah umrah, penampilan Ayda Jebat di media sosial menjadi perhatian ramai netizen. Menerusi foto yang dikongsikan Sheila Rusly di Instagram, kelihatan Ayda Jebat tampil manis bertudung litup.

Penampilan Ayda itu sekaligus menjadi tanda tanya netizen adakah pelakon itu benar-benar sudah berhijab. Namun, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur di atas penghijrahan tersebut seandainya Ayda Jebat memilih untuk kekal bertudung.



Diruangan komen, ramai yang berharap agar Ayda akan terus kekal istiqamah untuk berhijab serta mendoakan agar ditetapkan hati untuk menutup aurat.


Dalam pada itu, ramai yang memuji penampilan Ayda yang sangat manis dan cantik apabila bertudung. Malah, ramai yang lebih sukakan dengan imej Ayda bertudung dan mengatakan sejuk mata memandang. -rotikaya-