Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri apabila disyaki memukul anak angkatnya demi meraih publisiti. Susulan itu, ramai yang mempersoalkan adakah benar Aliff terlibat dalam kes itu.
Terbaru, Aliff membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram Stories pada Sabtu lalu. Menerusi video itu, Aliff memohon maaf seandainya ada menyakitkan hati serta tidak mahu ada masalah dengan sesiapa.
“Kepada semua, saya nak minta maaf kalau ada menyakitkan hati korang (anda) menyebabkan korang tak suka pada saya.
“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak nak ada masalah dengan orang. Maafkanlah saya,” katanya.
Bagaimanapun, Aliff tidak menjelaskan secara terperinci permohonan maaf itu membabitkan isu yang mana satu.
Terdahulu, Aliff didakwa memukul anak angkatnya, Ameena yang berusia dua tahun. Menerusi laporan polis yang dibuat terhadapnya, mangsa didakwa dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya.
Pihak polis mengesahkan Aliff Syukri telah pun ditahan pada Khamis lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama. -rotikaya-