Belum reda lagi dengan isu didakwa memukul anak angkat, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri seakan dahagakan kontroversi apabila tampil mempromosikan single terbarunya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Meskipun nyanyiannya sering dikritik, nampaknya Aliff Syukri tidak pernah serik untuk terus bergelar penyanyi. Hampir sekian lama berdiam diri melihat tindak tanduk Aliff, Bonda Rozita Ibrahim tampil memberikan teguran buat anaknya.
Menerusi Intagram, Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga. Malah, Rozita berkata sedih hatinya sebagai seorang ibu apabila ada mengatakan dia tidak pandai menjaga anak.
“Sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial. Maaf ya Syukri, tak sesudah perangai kau kan, mak dah penat tengok komen orang ‘tak reti ajak anak’.
“Bukan mak tak sayang dan bukan mak tak nasihat, berbuih mulut dah, sampai keluar air mata nanah pun Mak Syukri buat juga.
“Tolonglah jaga maruah keluarga, jangan lah buat perangai yang bukan-bukan. Macam-macam Syukri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke. Kami kena bahananya.
Diakhir perkongsian, Rozita turut meminta maaf banyak-banyak kepada Aliff terpaksa memberi teguran secara terbuka kerana tidak sanggup melihat orang berkata bukan-bukan tentang anaknya itu. -rotikaya-