,

Sajat Dapat Waran Tangkap Gagal Hadir Ke Mahkamah


Nampaknya Nur Sajat terus terpalit kontroversi apabila Mahkamah Majistret Shah Alam semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu kerana tidak hadir ke Mahkamah tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes.

Sajat atau nama sebanarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada 15 Ogos lalu, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) melakukan pemeriksaan di premis milik Sajat di Shah Alam, Selangor. Hasil pemeriksaan menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu adalah berdaftar dan semua produk dirampas adalah milik Nur Sajat untuk tujuan jualan.

Malah, Sajat pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


SUMBER
HARIAN METRO