Jelas Aliff tindakannya menziarahi hanya untuk memberi bantuan kewangan dan peralatan rumah.
"Saya tak faham.... Saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sebab saya lihat dia memerlukan. Saya bertanya khabar dan saya disambut baik dari mereka," tulisnya di Instgaram (IG) miliknya.
Dalam pada itu, Aliff menegaskan kesemua soalan yang dikemukakan mendapat persetujuan daripada ahli keluarga Hidayah.
Malah, pelantun lagu Abang Nak Tegur itu bersikap terbuka untuk bersemuka dengan adik arwah iaitu pelawak Ali Puteh bagi menyelesaikan masalah.
"Semua soalan saya dah disetujui oleh mereka bukan saya suka-suka tanya (harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitviti orang).
"Tak kaya pun buat Youtube duit bayar duit minyak kereta saya je lepas..Memang saya bantu semua orang.
"Kalau nak bincng baik-baik saya okay jerrr... Kenapa macam nak gaduh??
"Sebelum mengutuk tengok dulu live dulu. Saya tak salah kan sesiapa malah tak mengutuk sesiapa pun..
"Cuba dengar saya ada 10 kali rakaman video lagi malah sebelum posting semestinya persetujuan semua nak bahan semua sy simpan.
"Kami datang pun berjemput jadi fikirkan (aku tak kayalah duit Youtube dah lama buat bisnes lah). Tunggu tindakan saya," tulisnya lagi.
Hasil pemerhatian Gempak, Ali lantas meninggalkan komen selepas beberapa minit entri tersebut dikongsikan kepada umum.
"Kau sepatut mintak kebenaran keluarga arwah..Bukan memandai boleh mendatangkan fitnah.
"Nak buat amal buat lah..Jangan berlagak kaya seperti semua kau yang punya @aliffsyukriterlajaklari," tulis Ali.
Terdahulu, Ali tidak dapat menahan rasa sabar selepas menonton video live yang dibuat oleh usahawan kosmetik tersebut yang berkunjung ke rumah balu Abam. -gempak.com-