Pelakon Mira Filzah menafikan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki, termasuklah Zizan Razak dan Remy Ishak.
Menurut laporan HLive, Mira memberitahu hubungan mesranya bersama Remy itu sekadar hanya dalam lakonan semata-mata.
“Zizan atau Remy kedua-duanya hanya kawan.
“Saya sering dikaitkan dengan Remy baru-baru ini kerana kami digandingkan bersama dalam drama bersiri berturut-turut selama enam bulan termasuk drama bersiri adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan.
“Dia seorang pelakon yang sangat in character. Jika tidak menjadi sesebuah babak itu, dia akan cuba memberikan yang terbaik.
“Malah dia seorang pelakon yang sangat membantu pelakon lain termasuk pelakon yang digandingkan dengannya.
“Bagi saya, jika orang sering memperkatakan tentang kami itu maknanya paring kami menjadi,” katanya.
Mengulas mengenai statusnya kini, Mira akui masih ‘single’.
“Saya tak bercinta dengan sesiapa lagi buat masa sekarang. Malah saya pun tidak tergesa untuk berkahwin.
“Saya tiada target untuk kahwin kerana bagi saya lambat atau cepat itu tetap rezeki dan jodoh.
“Buat masa sekarang saya lebih memberi fokus pada kerjaya saya,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).-gempak.com-