Wan Sharmila Dedah Perangai Elizabeth Tan


Pelakon Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala mendedahkan aktres Elizabeth Tan seorang yang ingin mempelajari perkara baru.

Menurut Lala ini merupakan lakonan kedua Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy.

"Ini adalah kali pertama saya berlakon dengan Lizzy.

"Rasanya ini merupakan kali kedua Lizzy melibatkan diri dalam bidang lakonan.

"Saya tidak mempunyai banyak babak bersamanya namun begitu saya dapat melihat Lizzy mempunyai sikap mahu belajar.

"Ada satu babak yang memerlukan Lizzy menangis tetapi selepas dia masuk ke bilik, dia memikirkan mengenai hasil lakonannya.

"Itu bermaksud dia ingin belajar serta akan menunjukkan peningkatan pada masa depan," katanya kepada Gempak.

Lala ditemui di rancangan Bawang Live di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Selain Lala, drama bersiri Senafas Rindu dibintangi oleh Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Sharul Kamal, Alya Iman Azmil, Josiah Lim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Senafas Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). -gempak.com-