Pintu tandas tersebut merupakan salah satu pintu tandas di rumah Sharifah Shahirah.
"ko kalau setakat ada satu dua bag LV ja tak payah nak berangan. Yang ni buat pintu jamban jer," tulis Azza berseloroh.
"Kak Shiera you win! Pintu toilet je tau LV... have have tapi sempoi humble ja," gurau Azza lagi.
Gambar tersebut turut memaparkan Azza memegang beg LV dengan corak yang sama.
Shiera turut menulis komen pada entri tersebut.
"Hahahaha... Aku suruh datang makan bukan ambik gambar pintu toilet," tulis Sheira.
Apa-apa pun dalam kelakar dan berseloroh itu ramai yang mengakui bahawa Sheira sememangnya seorang yang sangat mesra dan merendah diri.