“Melampau Dia Punya Kepit, Bukan Main Syafiq”


Meskipun drama bersiri Senafas Rindu lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan belum lagi ditayangkan lagi di kaca televisyen, ramai peminat-peminat teruja serta tidak sabar untuk menonton drama tersebut.

Dengar cerita ramai yang sudah jatuh cinta dengan keserasian mereka berdua. Baru-baru ini, menerusi Twitter Syafiq ada memuat naik foto mesra bersama Elizabeth untuk mempromosikan drama tersebut.


BACA: Drama Senafas Rindu - MegaDrama (Astro)


Ternyata gambar tersebut menimbulkan rasa kurang senang serta netizen yang mengatakan Syafiq dan Elizabeth bergambar terlalu rapat. Ada netizen turut memberikan teguran kepada Syafiq agar menjaga batas dan berhati-hati bila bergambar.

Tidak kurang juga ada segelintir netizen terutamanya wanita seolah ‘panas hati’ dan cemburu melihat kemesraan pasangan tersebut.


Apa pun pasti ramai penonton diluar sana tak sabar nak tengok gandingan pertama pasangan ini. Sama-sama kita nantikan. -rotikaya-