Isteri Ustaz Don Daniyal, Dr. Husna Mohd Zahry Selamat Bersalin Anak Ketiga


Isteri penceramah terkenal berstatus selebriti, Ustaz Don Daniyal, Dr. Husna Mohd Zahry selamat bersalin anak ketiga.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 35, bersama isteri kesayangannya memilih nama yang cukup indah, Don Sulaiman untuk anak lelaki mereka itu.

Berita gembira tersebut dikongsi Husna menerusi Instagramnya semalam.

Husna juga berkongsi beberapa video pendek dan mendedahkan wajah anaknya selepas bayi lelaki itu menjangkau usia tujuh hari.

“Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Today is the seventh day of existence of the latest addition to our little family.

“Introducing Don Sulaiman bin Don Daniyal bin Don Biyajid bin Mustafa bin Hamidon bin Abdul Qahar bin Sulaiman

“Indeed, having this 3rd child was a different experience altogether 😅 Be it during pregnancy, in labour and after birth.

“But ala kulli hal, we are so grateful to be blessed with this little angel.

“Thank you to everyone who sent well wishes and prayers and gifts... May الله shower His blessings through all our children. Ameeen,” tulisnya.
  Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut juga dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat berpantang oleh pengikutnya.
  Terdahulu, ustaz Don berkahwin dengan Husna pada 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak, Don Mustofa dan Don Ibrohim.

Foto: Instagram @husnazahry

Credit to gempak.com