BTS Kumpulan K-pop Pertama Jadi Penyampai Anugerah Grammy Awards


Band popular Korea, BTS menjadi kumpulan K-pop pertama yang menjadi penyampai anugerah di Grammy Awards ke-61 yang berlangsung hari ini.

Ketujuh-tujuh anggota BTS, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, RM dan Jungkook muncul di acara yang berlangsung di Los Angeles itu, sekali gus mencetuskan keghairahan peminat setia mereka, ARMY.

BTS diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan anugerah untuk kategori album R&B terbaik dan trofi itu dimenangi oleh H.E.R.

"Membesar di Korea Selatan kami sentiasa mimpikan untuk berada di pentas Grammy.

"Terima kasih untuk peminat kami yang menjadikan mimpi ini jadi realiti," kata RM.


Malah, tanda pagar #TearItUpBTS menjadi trending di Twitter selain Alicia Keys dan Grammy.

BTS turut dicalonkan dalam Grammy Awards 2019 dalam kategori Kulit Album Terbaik menerusi album Love Yourself: Tear.

Bagaimanapun, mereka kalah kepada album Masseduction (St. Vincent).

Sejak bergelar artis pada 2016, BTS atau Bangtan Sonyeondan mencuri perhatian dunia dan menjadi kumpulan popular dari Korea Selatan.

Sebelum ini, BTS menjadi kumpulan K-pop pertama yang membuat persembahan di American Music Awards 2017.

Credit to gempak.com