“Setelah apa yang berlaku dan menerima kecaman yang bertubi-tubi, saya sedar bukan senang untuk mengembalikan kepercayaan orang. Saya juga tidak boleh mengubah pandangan negatif orang.
“Saya akui kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan sebelum ini dalam proses mencari makna hidup. Walaupun saya nekad mahu berubah, saya sedar ada yang masih tidak percaya,” katanya kepada Utusan Online.
Ada segelintir pihak menganggap salah memilih kawan menjadi punca Fathia sering terpalit dengan kontroversi, bagaimanapun Fathia tidak mahu menyalahkan orang lain dan mengakui semua yang berlaku adalah salah silapnya sendiri.
“Sejujurnya apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri, bukan kawan. Saya tak pernah menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.
“Memang saya salah, tetapi kalau boleh selepas ini jangan menghukum saya terus tanpa mengetahui punca saya jadi begitu. Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Secara luaran orang mungkin tengok saya ceria dan happy go lucky, tetapi mereka tidak tahu masalah yang sedang saya hadapi,” katanya.
Untuk azam tahun 2019, Fathia mahu menjadi insan yang lebih baik dan bernekad mahu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Kami juga mendoakan yang baik-baik buat Fathia dan semoga terus istiqamah untuk berubah. -rotikaya-