[VIDEO] ‘Trademark’ Eina Azman Di Instagram Jadi Ikutan Netizen

Meskipun tidak lagi aktif berlakon kerana sibuk menguruskan keluarga nya, Datin Paduka Eina Azman masih relevan dan menjadi ikutan peminat terutamanya di Instagram.

Rajin Memasak

Meskipun sibuk, aktres cantik ini masih mampu memasak untuk keluarga nya. Tidak lokek untuk berkongsi resipi yang dipelajarinya, Eina pasti akan memuatkan video masakannya setiap kali memasak. Bukan hanya di rumah, malah jika dimana-mana sekali pun termasuk di luar negara, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah ini pasti akan memasak.


‘Trademark’ Eina Jadi Ikutan

Lantaran itu, buat anda yang mengikuti perkembangan Eina di Instagram pasti akan tahu apakah ‘trademark’ Eina setiap kali memuat naik video masakan.
” Kari Kepala Ikan Is Done…. Sup Ayam Is Done…”
Benar! Ungkapan ‘is done’ dengan alunan suaranya yang serak lembut membuatkan ramai peminatnya terikut-ikut dengan ungkapan tersebut.

Terima kasih kepada Eina yang mencetuskan idea tersebut selain memberi ilham buat ramai netizen mempelajari resipi terbaru di Instagram. -hangat.com-