Kai EXO & Jennie Blackpink Dilaporkan Sedang Hangat Bercinta ?

Kumpulan korea terkenal, EXO dan Blackpink antara dua kumpulan yang menjadi sebutan peminat di seluruh dunia. Masing-masing mempunyai pengaruhnya tersendiri, pelbagai kisah peribadi ahli kumpulan ini menjadi ikutan peminat setiap masa.

Kai EXO & Jennie Blackpink Dilaporkan Sedang Hangat Bercinta


Terbaru, kecoh di laman sosial memperkatakan mengenai bibit percintaan di antara ahli kedua-dua kumpulan ini iaitu Kai dan juga Jennie.




Terdahulu, Kai dilaporkan pernah bercinta dengan anggota kumpulan f(x) Krystal Jung pada April 2016 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada penghujung Mei 2017 disebabkan komitmen kerja.


Gambar Berpegangan Tangan Tular Di Media Sosial


Menurut laporan sebuah portal hiburan di negara itu, kedua-dua penyanyi ini dikatakan mula menyulam cinta sejak 25 November yang lalu. Membuktikan dakwaan tersebut, baru-baru ini Kai dilaporkan memandu ke kediaman penyanyi Blackpink yang paling popular ketika ini dan menunggu di tempat parkir kereta bawah tanah.




Malah tidak lama kemudian mereka dilihat telah bersiar-siar di sekitar Sangam-dong, Mapo-gu sebelum tiba di Haneul Park sambil berpegangan.


SM Entertainment Keluarkan Kenyataan

Mengesahkan spekulasi peminat, wakil SM Entertainment telah memberi kenyataan pengesahan bahawa mereka kini sedang bercinta dan menyimpan perasaan antara satu sama lain. Rata-rata peminat begitu gembira dengan khabar berita tersebut malah ada juga yang mengharapkan agar mereka berdua dapat berkolaborasi dalam sebuah single. -hangat.com-