Biarpun Elfira Loy sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, nama penyanyi Sufian Suhaimi tetap menjadi bualan ramai dan ada segelintir netizen yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas tunangnya itu.

Baru-baru ini, Tweet yang dimuat naik oleh Sufian mengenai tahun 2019 merupakan Tahun Babi dalam kalendar Cina menjadi perhatian sekaligus mengundang tanda tanya dikalangan netizen.
Rata-rata netizen beranggapan status  yang dimuat naik pada 31 Disember itu seolah seperti ada kaitan dengan perkahwinan Elfira yang berlangsung pada 1 Januari 2019.



“According to Chinese Calender, 2019 is the “Year Of The Pig”. Kita tinggalkan dia di situ je ya? Jangan bawa perangai babi dalam kehidupan,” tulisnya.


Status tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat Sufian masih belum move on dari perhubungannya yang lalu. Tidak kurang juga netizen turut memberikan nasihat agar penyanyi itu memulakan hidup baru dan bersabar menempuh segala dugaan. -rotikaya-