Malaysia
Baru sahaja pulang dari menunaikan umrah, Nelydia Senrose mendedahkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Menurut Nelydia, sepatutnya perancangan itu dilaksanakan tahun lalu tapi terpaksa ditunda.
Jelasnya lagi, kesempatan ke Mekah baru-baru ini, Nelydia memohon doa agar dipermudahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga. Malah Nelydia berharap diberi petunjuk dalam segala keputusan yang bakal diambil.
“Kalau doa saya termakbul Insyallah saya ingin berkahwin tahun ini, saya berdoa agar dipermudahkan urusan tersebut kalau ia betul dan kalau bukan jodoh juga saya minta dipermudahkan”
“Sepatutnya kami rancang untuk berkahwin hujung tahun lalu tapi mungkin belum masa lagi sebab itu tak jadi. Tahun lalu jadual sibuk dengan penggambaran drama,” jelasnya kepada m Star Online.
Bagaimanapun Nelydia enggan berkongsikan maklumat majlis perkahwinannya nanti kerana masih di peringkat awal. Semoga segala perancangan dan urusan Nelydia dan si dia dipermudahkan. (rtky/w)
Nelydia Senrose Doa Agar Urusan Kahwin Dipermudahkan