Walaupun berada jauh dari Malaysia, nama usahawan kosmetik Nur Sajat tidak pernah lekang daripada kontroversi panas. Jika anda mengikuti perkembangan Nur Sajat kini berada di Dubai mengikuti pengajian kursus dandanan rambut.
Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh Sajat mengundang kecaman apabila penyanyi Bobo Dimana itu menjawab kenyataan seorang netizen yang takut mendengar suaranya.
“Sis i nak kata dengan you, suara tak penting. Yang penting rupa, poket berkepok-kepok. Kalau suara sedap tapi poket nan hado buat apa. Tak penting. Suara inilah yang buat keuntungan. Sebab apa, sebab muka cantik tapi suara macam abang-abang askar. Kan unik tu?
“Orang dah bosan muka cantik suara sedap. Orang nak dengar yang sesuatu, menakjubkan. So bila suara i macam ni dengan muka ala-ala Miss Universe, saya boleh jadi jurucakap,”katanya.
Seperti sudah dijangka, video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen dan dibanjiri dengan komen-komen kecaman. Terdahulu, netizen meluahkan rasa meluat apabila Sajat memuat naik gambar tuala wanita. Kata netizen seorang perempuan tulen tidak akan menguar-uarkan kepada umum jika mereka datang bulan. -rotikaya-