Kamal Adli Menasihati Agar Emma Maembong Terus Kuat dan Tabah


Kecoh semalam apabila beberapa gambar Emma Maembong membuka tudung, dan seksi disisi Syed Abdullah tersebar. Turut sama bersimpati, bekas kekasih Emma, Kamal Adli tampil memberikan kata-kata semangat.

BACA: Kontroversi Emma Maembong Buka Tudung dengan Kekasih

Menerusi komen yang ditinggalkan, Kamal menasihati agar Emma terus kuat menghadapi dugaan yang diberikan ini dan positif mengharunginya. Komen tersebut ditulis dalam kenyataan mohon maaf Emma terdahulu. 


Rata-rata ramai memuji sikap Kamal yang positif dan matang walaupun hubungan cinta mereka sudah putus. Ada juga yang mendoakan agar Kamal mendapat jodoh yang lebih daripada Emma di masa akan datang.


Sebelum ini Emma mengakui gambar tidak berhijab itu adalah dirinya dan memohon maaf diatas ‘kelalaiannya’ itu. Namun kemudian tersebar pula beberapa gambar Emma memakai seluar pendek dan seksi bersama Syed. (rtky/w)