“Kalau Nak Suami Baik, Kita Kena Jadi Baik Dulu”


Boleh dikatakan tahun lalu merupakan pencapaian terbaik buat Wany Hasrita apabila dinobatkan Bintang Paling Popular 2018. Penyanyi berusia 26 tahun ini memberitahu, untuk tahun 2019 dia mahu lebih fokus pada kerjaya seninya dan soal jodoh belum lagi menjadi keutamaan.

Ujar Wany, baginya jika seseorang wanita itu inginkan seorang suami yang baik, dia perlu memperbaiki kelemahan dirinya terlebih dahulu. Bagaimanapun, Wany berkata dia menghalang jika ditakdirkan ada jodoh yang datang.

“Saya berazam untuk menjadikan diri lebih baik. Sebab sekecil-kecil perangai, kita tahu selepas ini tak boleh buat lagi dan perlu perbaiki kelemahan kita.

“Paling penting, saya mahu menjaga keperibadian diri. Orang cakap kalau nak suami baik, kena jadi yang lebih dahulu. Jadi, saya nak jadi yang lebih baik. Soal jodoh ini bukan keutamaan saya sebab fokus saya hanya pada kerjaya. Tapi saya tak halang kalau ada jodoh datang cuma saya tak cari,” katanya kepada mStar Online.

Wany turut memberitahu azamnya untuk tahun 2019 mahu bekerja lebih keras dan tidak mahu lagi terpalit dengan kontroversi seperti tahun lalu yang ternyata memberikan pengajaran buat dirinya.

“Macam tahun lalu, kita dapat lihat saya ada terpalit dengan beberapa kontroversi. Tapi bagi saya, itu pengajaran sebagai anak seni.

“Sebab itu tahun ini azam saya untuk tidak berkata lantang, menjaga keperibadian dan menjaga kata-kata yang saya nak keluarkan,” katanya. -mstar/rotikaya-