Elfira Loy Gadis Idaman Faris Sejak 5 Tahun Lalu



Selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu, majlis pernikahan serba mewah pasangan sensasi Elfira loy dan Faris Khairol Anuar masih lagi menjadi bualan ramai netizen. Boleh dikatakan hubungan Elfira dan suaminya tidak terlalu didedahkan kepada umum dan ramai tertanya-tanya bagaimana perkenalan mereka.

Namun, rupanya Faris mula menyimpan perasaan terhadap isterinya sejak lima tahun lalu. Perkara itu didedahkan oleh rakan baik Faris iaitu penyampai radio, Hani Fadzil menerusi Instagram Story.


“ Sewaktu dalam kelas sekitar lima tahun dahulu, Faris pernah memberitahu bahawa Elfira Loy adalah gadis idamannya.

“ Hari ini dia dapat mengahwini gadis berkenaan. Jodoh adalah hal yang membahagiakan,” tulisnya.

Mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, Elfira dan Faris selamat disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Pasangan itu juga dikatakan akan mengadakan kenduri perkahwinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan turut dilaporkan mereka bakal mengadakan lima majlis berbeza bagi meraikan hari bahagia mereka. -rotikaya-