,

(Video) Rumah Mewah Azhar Sulaiman Jadi Perhatian Selepas Anaknya Rakam Aktiviti Harian


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Azhar Sulaiman yang dahulu pernah menjadi kegilaan dan pujaan ramai gadis-gadis. Aktor ini bukan calang-calang orang kerana dia juga merupakan seorang arkitek.

Pasti ramai tahu Azhar mempunyai seorang anak gadis iaitu Kasih Iris Leona yang bukan sahaja cantik malah seorang yang pintar apabila berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM. Baru-baru ini, Iris mencuri perhatian netizen apabila berkongsi suasana kuarantin di dalam kawasan rumahnya.



Namun apa yang menjadi bualan hangat netizen adalah rumah Azhar Sulaiman itu begitu cantik dan besar seperti Country Golf Resort. Malah, rumah pelakon itu lengkap dengan padang golf mini, kolam renang serta kawasan lapang ternyata membuatkan netizen teruja.
Ni rumah ke country club? Kalau rumah macam ni, nak kuarantin setahun pun aku on.
15.9K people are talking about this

Malah ada yang mengatakan tidak kisah jika dikuarantin setahun jika tinggal di rumah mewah seperti itu. Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan mungkin di dalam rumahnya itu turut mempunyai kedai serbaneka 7-Eleven.


Rata-rata netizen mengatakan tidak mustahil jika Azhar memiliki kediaman mewah seperti itu memandangkan pelakon itu seorang arkitek yang berjaya dan sudah lama menceburi bidang tersebut.




Dalam pada itu, ada netizen memberitahu bahawa datuk Kasih merupakan salah seorang pengasas syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia. -rotikaya-