,

(Video) Mir Ali Zafar, Pesakit Termuda Positif Covid-19 di Malaysia


PETALING JAYA: Bayi berusia tiga bulan dan ibu bapanya berusaha menjadikan masa terbaik mereka bersama di Hospital Kota Baru selepas mendapat ujian positif untuk Covid-19.

Suri rumah, Sharifah Farah Ayuni Syed Rosli, 29, dan ahli perniagaan, Mohd Azlee Che Mohd Zaid, 32, berkata mereka berada dalam kuarantin selama seminggu dengan anak mereka, Mir Ali Zafar.

Kakak dan ibu Azlee juga diuji positif dan dikuarantin di dalam bilik berasingan.

Mereka mempunyai dua anak lagi, berumur lima dan tiga tahun, yang diuji negatif dan kini tinggal bersama nenek mereka, ibu Sharifah Farah.

Mir Ali Zafar yang berusia tiga bulan mungkin merupakan pesakit paling muda Malaysia positif #Covid19 setakat ini. 




Sama-samalah kita doakan semoga mereka sekeluarga segera sembuh.

Credit Video : The Star