Kata Ebit, dia tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kisah hidup Pakcik Ismail yang menginginkan sebuah motosikal beroda tiga sebagai pengangkutan harian.
"Sebak menangis bila tengok keadaan adik Mohd Hasraf Mohd Yazid seorang anak muda prihatin keadaan Pakcik Ismail. Tahniah adik. Ramai tag saya di Facebook Asyraf.
"Dari Hospital Serdang terus ke sini di Sri Damansara. Kasihan pakcik ni. Terperangkap di sini. Kaki sebelah tiada. Dengan kaki sebelah cari rezeki jual besi. Itulah pendapatan hidupnya. Tengah malam tadi orang tag saya. Rasa dah tak boleh nak tidur.
"Isterinya ada masalah mental. Anak 2 orang masih bersekolah. Seorang sekolah menengah. Seorang sekolah rendah. Setelah memujuknya kerana terperangkap di sini hujan panas dekat khemah bawah jambatan.
"Dengar kisah hidupnya saya menangis. Insya-Allah saya tengah tunggu lori untuk bawa pak cik ni balik ke rumahnya di Sungai Buloh. Saya beli semua besinya dengar harga mahal sedikit.
"Bagi duit belanja. Pak cik ni susah. Dia nak motor roda 3 untuk cari rezeki lepas PKP. Saya Insya-Allah niat nak hadiahkan motor roda 3 padanya," tulisnya di Facebook.
Dalam pada itu, Ebit menyatakan dia sudah menghantar pasangan suami isteri itu pulang ke rumah mereka yang terletak di Sungai Buloh.
"Syukur dapat bawa abang dan kakak balik ke kampungnya. Syukur. Selesai hantar ke kampungnya. Tak sanggup tengok seorang abang kaki sebelah tiada tidur bawah jambatan. Dan ke sana sini tunggu kedai buka nak jual besi buruk yang dikutipnya. Kedai tutup tempoh PKP ini.
"Saya tunggu habis PKP Insya-Allah nak belikan abang ini motor roda 3. Dia ada sebut tu jer cita-citanya nak motor tu.
"Dia nak bayar tapi saya nak hadiahkan je padanya. Dia perlu motor tu sebab sekarang isterinya tolong kutip dan tolong tarik besi-besi tu. Sedih dengar. Anak dua orang nenek jaga di kampung.
"Cantik dan hensem anak abang kakak ini. Saya doakan jadi anak soleh solehah dan bertakwa. Tengok muka 2 anaknya mengalir air mata saya. Allah sayang anak-anak ini. Ya Allah bantulah keluarga ini.
"Bagaimana orang tidur tepi jalan bawah jambatan sedang saya tidur lena. Apa nak jawab pada Allah nanti. Syukur pada Allah.. Terima kasih Allah dan semua sahabat yang membantu ye," tulisnya lagi.
Terdahulu, Ebit menghulurkan bantuan makanan, topeng muka dan penghawa dingin kepada 'frontliners' yang sedang bertungkus lumus memerangi COVID-19. -gempak.com-