,

Gara-Gara Krisis COVID-19 Kawasan Perumahan Ini Dikunjungi Puluhan Ekor Rusa


Tidak dinafikan arahan kawalan pergerakan yang dilaksanakan beberapa negara menjadikan sesuatu kawasan itu sunyi dan lengang.

Namun, sebuah kawasan di Harold Hill, London telah menjadi perhatian ramai apabila didatangi tetamu istimewa.

Tetamu berkenaan adalah puluhan ekor rusa yang berkeliaran sejak beberapa hari lalu.





Menerusi laporan Daily Mail, kedatangan rusa tersebut berkemungkinan disebabkan keadaan pesekitaran yang lengang daripada orang ramai dan kenderaan.

Haiwan itu dipercayai datang dari Dagnam Park yang terletak berhampiran Harold Hill.

Rusa berkenaan dipercayai sudah mendiami kawasan berkenaan sejak 1,000 tahun lalu sebelum kawasan perumahan itu dibangunkan.

Anda boleh lihat gelagat rusa ini bersantai di kawasan perumahan.

Sumber: Daily Mail