,

Taktik Pocong Dah Tak Berkesan, Pihak Berkuasa Terpaksa Tukar Taktik Lebih Menggerunkan!


Jika sebelum ini Indonesia menggunakan figura hantu pocong untuk menakutkan rakyat mereka yang keluar rumah, namun teknik itu dilihat semakin kurang berkesan.

Menerusi laporan Astro Awani, ia mungkin disebabkan faktor kedudukan 'pocong' yang didakwa berada di satu-satu tempat terlalu lama.

Perkara itu sekali gus mengurangkan rasa takut dalam kalangan penduduk setempat.





Enggan berputus asa, pihak berkuasa kemudiannya terpaksa mengubah taktik.

Beberapa sukarelawan yang diambil untuk memainkan watak sebagai pocong kini diarahkan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja, sekali gus memberi elemen kejutan dan seram.

Taktik itu membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak 'pocong' itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka.

Difahamkan, taktik tersebut sedikit berkesan apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah, terutama sekali apabila hari mulai gelap.

Sumber: Astro Awani