Selain konsert, tayangan filem turut menjadi ‘mangsa’ kepada pandemik itu selepas pihak produksi terpaksa membuat keputusan untuk menangguh atau memberhentikan tayangan filem di pawagam, lapor AWANI.
Produksi filem popular Hollywood, Sony Pictures antara yang terkesan sehingga terpaksa menangguhkan tujuh buah filem yang sudah dijadualkan menemui penonton tahun ini.
Selain filem keluaran Sony Pictures, filem-filem lain yang turut ditangguhkan adalah James Bond penampilan terakhir Daniel Craig iaitu No Time to Die, Mulan, Black Widow, dan A Quiet Place II dan Fast & Furious 9.
Sumber : Astro AWANI