Bersempena malam Nisfu Sya’ban baru-baru ini dan juga sambutan ulang tahun kelahirannya yang- ke-35, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengambil kesempatan untuk memohon maaf seandainya ada terguris hati sesiapa.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin turut memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti hatinya dan berharap Allah mengampuni segala dosa kita semua.
Menurut Jep lagi, jika diizinkan Allah SWT dia berharap agar dapat bertemu dengan semua orang dan berkumpul di Syurga kelak.
Perkongsian Jep itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta rakan artis yang mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik termasuk isterinya, Sari Yanti yang turut mendoakan agar mereka sekeluarga akan ke syurga.
credit to rotikaya