,

Sedih Baca Luahan Frontliner Ini, Mereka Pernah Dipanggil Anjing, Pencacai Najis


Di saat petugas barisan hadapan sedang berjuang bermati-matian menyelamatkan nyawa dan menentang COVID-19, ada juga yang tidak berhati perut melabel mereka ini dengan gelaran tidak sepatutnya.

Semalam tular perkongsian seorang petugas kesihatan di Facebook menggunakan nama Sakinah Sulong mengenai caci maki yang diterima mereka (frontliner) daripada pesakit COVID-19 dari kluster baru.

Menerusi postingnya Sakinah menceritakan tentang perbezaan sikap di antara ‘kluster Tabligh’ dan kluster yang baru pulang dari luar negara atau digelar ‘kluster kayangan’.

“Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.




“Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.

“Marah-marah. Panggil staff kami 'dog'. Panggil staff kami pencacai najis. Memang sangat kurang ajar!

“Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.

“Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu,” tulisnya.


Luahan Sakinah ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar laman sosial dan mendapat lebih 48 ribu perkongsian di laman sosial.

Antara komen yang ditulis pada ruangan komen ialah, meminta kerajaan mengenakan tindakan lebih tegas kepada ‘kluster kayangan’ yang cerewet dan berlebih-lebih serta menunjukkan sikap biadap kepada petugas barisan hadapan.

Selain itu mereka turut meluahkan rasa kecewa terhadap ‘kluster kayangan’ yang biadab serta tidak tahu berterima kasih, sedangkan kesalahan datang dari pihak mereka sendiri! Selfish!-gempak.com-