Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, orang ramai dilihat mula merungut apabila kelajuan internet daripada rangkaian unifi tidak seperti biasa.
Rata-rata mereka berpendapat kelajuan diterima agak perlahan berbanding hari kebiasaan.
Namun, baru-baru ini Telekom Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan mengenai isu berkenaan.
Menerusi laporan The Star, TM menjelaskan isu berkenaan timbul berikutan kerosakan kabel Malaysia melalui Mersing ke Singapura, Hong Kong dan juga San Jose, Amerika Syarikat.
Menurut TM, kabel-kabel ini menawarkan sambungan antarabangsa ke sejumlah besar perkhidmatan berasaskan internet di Hong Kong dan Amerika Syarikat.
"Kerosakan kabel nyata memberi kesan kepada pengguna di Malaysia untuk mengakses internet dengan lancar," kata kenyataan itu.
Apapun sama-samalah kita tunggu sehingga masalah diselesaikan secepat mungkin.-gempak.com-