Adik beradik pelakon Syatilla Melvin sememangnya dikenali ramai, maklumlah semuanya cantik-cantik belaka. Malah, ddik-beradik ini juga sememangnya bijak mencari peluang dengan mengeluarkan produk mereka sendiri.
Baru-baru ini, video Syatilla, Syafiqa dan Syida menari Tiktok sambil mempromosikan produk kosmetik mereka. Bagaimanapun, video yang dikongsikan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen dan dikecam gedik oleh netizen
Sedar dikecam teruk oleh netizen, Syatilla tidak hanya berdiam diri dan memberi peringatan kepada netizen agar berhenti mengikuti akaun Instagramnya lagi jika yang tidak menyukai perkongsiannya.
Setiap orang ada cara mereka masing-masing untuk mempromosikan produk. Rasanya ramai tahu bahawa adik-beradik Syatilla Melvin memang agak masuk air, jadi tidak hairan cara mereka untuk mempromosikan produk sebegitu rupa. -rotikaya-