,

Artis Malaysia Masih Seronok Bercuti Luar Negara Di Masa Kes COVID-19 Makin Teruk


Saban hari kes COVID-19 semakin meningkat, bagaimanapun dalam situasi genting sebegini masih ramai yang masih berdegil melancong ke luar negara dengan alasan akan berdepan kerugian kerana sudah membeli tiket.

Namun apa yang menyedihkan apabila ada segelintir artis masih seronok bercuti di luar negara. Perkara itu sekaligus menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan artis-artis pentingkan diri.











Kata netizen lagi, bagaimana hendak mengawal penularan wabak membawa maut itu jika tidak mendapat kerjasama daripada semua rakyat Malaysia. Netizen berkata lagi, sebagai artis mereka sepatutnya memberikan contoh yang baik supaya menjadi ikutan.


Apa pun diharap orang ramai lebih peka dengan keadaan Malaysia sekarang dan tidak mengambil mudah dengan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan bersama. Setakat hari ini, sebanyak 790 kes dicatatkan dan sudah meragut dua nyawa.


SUMBER
BEAUTIFULNARA