2020, Malaysia
Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai seorang usahawan kosmetik didakwa telah mendera anak angkat perempuannya berusia dua tahun.
Spekulasi netizen akhirnya terjawab, apabila pihak polis mengesahkan Datuk Seri Aliff Syukri telah pun ditahan pada Khamis lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.
Ramai yang ternanti-nantikan kenyataan dari Aliff sendiri termasuk isterinya, Datin Nur Shahida berhubung perkara itu.
Enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi itu, Shahida mengatakan dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak polis.
“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan. Saya tak ada apa nak komen, biar polis buat kerja mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, Shahida kini berada di Tanah Suci menunaikan umrah bersama anak-anaknya sejak 23 Februari lalu.
Dalam pada itu, Aliff memaklumkan dia dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak mengganggu siasatan polis.
Aliff juga memohon agar netizen berhenti membuat sebarang spekulasi berhubung kontroversi tersebut.
Kalau Betul Suami Saya Salah, Biar Polis Ambil Tindakan