2020, Malaysia
Pelakon popular, Siti Elizad berharap agar dikurniakan cahaya mata walaupun pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri.
Elizad berkata, dia juga akan memulakan proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.
Menurut Elizad , 36, rawatan itu perlu dilakukan tahun ini kerana bimbang sista berulang lagi.
“Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Saya juga pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.
“Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Sebab apa, keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.
“InsyaAllah, tahun ini saya akan mulakan rawatan IVF. InsyaAllah, saya mencuba.
“Memandangkan sista dalam badan saya jenis aktif, jadi saya meletak di ovari lagi. Jadi, sebelum doktor buang lagi sebelah saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata.
“Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya,” katanya dalam perkongsian menerusi program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Dalam program yang membawa tajuk Zuriat Syurga itu, Elizad turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.
“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” katanya.
Program itu turut menampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pelakon, Izzue Islam.
Sumber: Harian Metro
Tinggal Sebelah Ovari, Siti Elizad Buat Rawatan IVF