"Orang Bayar Sehari Shoot, RM120 Je!" - Aliff Syukri Jadi Part Time Model


Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui pernah mendapat bayaran sebanyak RM120 sehari ketika menjadi model sambilan untuk sebuah majalah wanita.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aliff berkongsi kisah dan gambar lamanya ketika dia berusia 17 tahun.

"How do I look? I'm too mature rasanya time ni orang bayar sehari shoot RM120 je.

 
"Ketika ini umur saya 17 tahun saya buat part time model untuk majalah wanita kalau tak silap dan banyak majalah saya masuk untuk shooting baju, produk dan pertandingan yang tidak menggunakan suara.

"Masa tu orang tak dengar suara saya lagi. Cuba bayangkan kalau orang dah dengar adakah majalah itu akan dibakar? Jangan kasi tau wife saya," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tidak menyangka bahawa gambar yang dikongsikan itu adalah dirinya dan mereka juga kagum dengan perubahan yang berlaku terhadap dirinya. -gempak.com-