"Dua Tiga Kawan Ku Cari, Mana Nak Sama Emma Seorang" - Alvin Chong


Pelakon Alvin Chong telah memuat naik sekeping foto yang telah menarik perhatian netizen di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Alvin bersama pelakon Emma Maembong yang merupakan kenalan rapatnya.

"Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang.

"Dua tiga kawan ku cari, mana nak sama Emma seorang," tulisnya.

Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #DoaBaikBaik #CakapBaikBaik.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan persahabatan mereka masih utuh walaupun Emma dilanda kontroversi panas.

Selain itu, kata-kata nasihat dan doa turut dilayangkan buat Emma.

Baru-baru ini, Emma kembali mencuri perhatian netizen apabila mengumumkan keputusannya untuk kembali membuka tudung.

Sebelum itu, foto Emma bersama Syed Abdullah dalam keadaan tidak bertudung tular di media sodial dan menjadi perdebatan umum.
 
Credit to gempak.com