Zul Ariffin Penjelas Isu Kahwin Bersama Wanita Ukraine?

Baru-baru ini, desas desus khabar angin kononnya pelakon Zul Ariffin berkahwin dengan gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, yang sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya pada tahun lalu.



Bagaimanapun, Zul Ariffin tampil menafikan dirinya berkahwin dengan gadis yang difahamkan seorang model menjadi tular gara-gara foto romantis dipercayai dimuatnaik Glembotska dalam IG Story beliau.



“Tiada maknalah… Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen. IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna… Maaf, saya tiada komen,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

Perkongsian itu diiringi keterangan berbunyi: “I want to say thanks to my husband. I am very happy with you.”

(Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu).

Kapsyen tersebut terus mencetus tanda tanya pada kalangan peminat Zul Ariffin. Pada Julai lalu, beberapa gambar mesra Zul Ariffin dan Glembotska tersebar di alam maya. Difahamkan, mereka berkenalan ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai di Phuket, Thailand.


Lebih menghangat gosip mengaitkan mereka berdua apabila foto dimuat naik oleh Zul dan Glembotska bagai menunjukkan lokasi dan masa yang sama.

Selain mengikuti akaun IG Zul Ariffin, Glembotska juga memuat naik gambar memeluk seorang jejaka yang dipercayai pelakon J Revolusi berkenaan. Gadis itu turut memuatnaik gambar ukiran tatu yang memaparkan nama Zul di jari manisnya.



“Saya mengenalinya ketika bercuti di Phuket, baru-baru ini. Kebetulan kami menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai. Dia hanya kenalan dan saya melayaninya sama seperti orang lain,” tambah Zul Ariffin. -hangat.com-