Baru saja beberapa hari lalu dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 dan diangkat sebagai ikon remaja, nampaknya Haneesya Hanee sudah mula terpalit dengan kontroversi panas.
Menurut laporan MHETV, tular video di media sosial memaparkan wajah seorang gadis mirip Haneesya serta dua lagi gadis mirip dua perserta Dewi Remaja iaitu Fazreen Fazera dan Erni Shahira yang kelihatan sedang berparti sakan sambil memegang segelas air dipercayai minuman keras.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada video yang tersebar itu adalah Haneesya ataupun tidak. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada apa-apa penjelasan daripada Haneesya. -rotikaya-