Mamat Khalid Kritikal Di ICU

Baru-baru ini, Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Khalid telah dimasukkan ke hospital swasta di Petaling Jaya, selepas mengadu sakit dada dan batuk. Mamat yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).



Mamat Khalid sebelum ini pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada April 2017 akibat kepenatan dan sesak nafas. Beliau juga pernah menerima rawatan di hospital kerana masalah jantung tersumbat pada November 2014.

Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 itu terkenal menerusi karya-karya hebat seperti filem trilogi ‘Hantu Kak Limah’, ‘Man Laksa’, ‘Zombi Kampung Pisang’, ‘Lebuhraya Ke Neraka’ dan telefilem ‘Rombongan Cik Kiah Sukan Komanwel’.



“Menurut doktor, suami diletakkan dalam keadaan itu (koma) selama 48 jam bagi memberi rehat kepada jantung dan organ dalaman lain. Alhamdulillah, suami memberi tindak balas positif dan keadaan kesihatannya sedang dipantau rapi.

“Hanya itu ikhtiar kami dan saya bersyukur kerana dia diberikan rawatan yang terbaik,” kata Hasmah Hassan isteri kepada Mamat Khalid. -hangat.com-