6 Konsert Maut Yang Pernah Terjadi di Dunia


Menonton konsert atau festival musik, adalah pengalaman menarik yang sukar untuk dilupakan. Namun tatkala melihat ramai orang yang sedang menikmati momen istimewa ini, siapa sangka ia boleh berubah menjadi bencana yang mengancam hidup anda apabila berlakunya kemalangan atau diserang pengganas.

3- Anggota Seventeen Jadi Korban Tsunami





Seperti yang berlaku di Indobesia baru-baru ini, 3 anggota kumpulan Seventeen terkorban ketika sedang membuat persembahan di atas pentas di acara konsert di Tanjung Lesung Beach Resort di Pandeglang, Banten kerana diserang Tsunami. Bencana yang berlaku pada 22 Disember itu menyebabkan 280 orang terkorban.

Takut kan? Tak mengapa, setiap konsert berskala besar sudah pasti ada risikonya dan aspek-aspek keselamatan dikawal dengan ketat oleh pihak penganjur. Yang penting kita kena bersiap sedia untuk mengawal situasi panik sekiranya berlaku hal yang tidak diingini.

Merangkum beberapa konsert artis yang diserang pengganas lantas dan menyita perhatian umum.


5- Konsert Ariana Grande di Manchester, England




Ketika konsert Ariana Grande berlansung, pada 22 Mei 2017, terjadi sebuah letupan. Letupan itu juga mengakibatkan stasyen kereta api Manchester Victoria yang tak jauh dari lokasi letupan ditutup, dan semua jadual kereta api dibatalkan. Beberapa orang saksi mengaku mendengar dua letupan dari arah kaunter penjualan tiket di tempat itu.

Dikhabarkan 19 orang maut dan sekitar 50 orang lainnya cedera dalam peristiwa yang terjadi di akhir konsert tersebut.


4- Konsert 4Minute, di Seongnam, Korea Selatan


Konser girl band KPop yang berlangsung di Seongnam, Korea Selatan, adalah konser KPOP terburuk kerana diakhiri dengan tragis. Insiden maut yang dikunjungi sekitar 700 penonton bermula saat sebuah besi saluran udara roboh.



Robohnya besi saluran ini kerana tak mampu menahan beban ratusan orang yang ingin melihat 4Minute dari ketinggian yang lebih tinggi. Akibat dari kejadian ini, 18 orang dikhabarkan meninggal dunia kerana terjatuh dari ketinggian 20 meter setelah besi penahannya tercabut. Kejadian ini terjadi pada bulan Oktober 2014.


3- Konsert Gurizada Fandangueira di Santa Maria, Brazil


Pada saat konsert Gurizada Fandangueira yang berlangsung pada tanggal 26 Januari 2013 di Kiss Nightclub di kota Santa Maria, Brazil terjadi kebakaran hebat.

Menurut maklumat dari pihak polis Brazil menyatakan bahawa kebakaran ini dibuat oleh salah seorang anggota Gurizada Fandangueira yang pada saat itu tampil di panggung, menyalakan bunga api dan terkena bahagian platform ruangan Kiss Nightclub.

Kebakaran di kelub malam Kiss terjadi sekitar pukul 02:30 menyebabkan lebih dari 232 orang maut dan mencederakan 150 orang. Kebakaran ini merupakan musibah dengan angka kematian tertinggi kedua yang pernah terjadi di tempat hiburan di Brazil, setelah kebakaran sarkus NiterĂ³i pada tahun 1961.



Sekitar 90% dari mangsa terkorban akibat menghirup asap dan lemas. Tidak jelasnya tanda pintu keluar mengakibatkan orang-orang yang panik berlarian ke arah bilik mandi. Dan di kamar mandi pun ditemukan 50 mayat rentung.



2- Mawazine Festival di Rabat, Morocco


Mawazine Festival adalah festival musik tahunan yang berlangsung di kota Rabat Marocco dengan menghadirkan sejumlah penyanyi dan group muzik antarabangsa.

Namun malangnya, Mawazine Festival yang diselenggarakan pada 23 Mei 2009 dan salah satu penyanyi yang hadir adalah Stevie Wonder, mengorbankan nyawa korban. Pada malam terakhir penyelenggaraan festival musik tersebut, selepas penyanyi tempatan Abdelaziz Stati selesai menyanyikan lagu pertama, para penonton dengan jumlahnya hingga 70 ribu orang tak sabar untuk meninggalkan lokasi konsert.

Pagar yang tak mampu menahan beban ribuan penonton justru roboh dan menimpa penonton lainnya. Dikhabarkan 11 orang meninggal dan 8 lainnya mengalami kecederaan.


1- Pearl Jam di Roskilde Festival, Denmark


Roskilde Festival adalah festival tahunan terbesar di benua Eropa dan diadakan di sebelah utara kota Roskilde, Denmark. Pada tahun 2000, Pearl Jam mendapat kesempatan untuk hadir bersama ahli muzik seperti Oasis dan Pet Shop Boys. Ketika Pearl Jam membuat persembahan menyanyikan bait awal dari lagu Corduroy, ribuan orang berpusu-pusu mendekati pentasa dan saling menolak-nolak.

Kerana ramainya penonton yang berasak-asak merapat ke pentas dan tanah yang basah berlumpur kerana hujan membuat ramai penonton mula kehilangan keseimbangan. Kejadian yang berlangsung pada 30 Jun 2009, akhirnya menyebabkan 9 orang maut.

Kejadian malam itu membuat Pearl Jam tidak tampil secara penuh dan The Cure yang seharusnya tampil setelah Pearl Jam membatalkan pertunjukan mereka. -hangat.com-