,

19,875 Rakyat Malaysia Bekerja Di Singapura Kembali


Seramai 9,875 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura direkodkan sudah kembali ke negara ini, antara 4 Mac hingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata kesemua mereka juga sudah menjalani proses saringan yang ketat sebelum dibenarkan memasuki negara sama ada di Tambak Johor atau Tanjung Kupang, Gelang Patah.




"Daripada jumlah itu, seramai 14,655 rakyat Malaysia berkenaan dikuarantin di pusat kuarantin di negeri ini manakala 5,140 menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Sebanyak 11 Person Under Investigation (PUI) dan 69 PUS dengan penyakit kritikal dimasukkan ke hospital untuk pemantauan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, kerajaan negeri turut sedar kebimbangan masyarakat yang perlu mendapatkan rawatan di klinik pakar di hospital kerajaan di negeri ini.

Katanya, waktu operasi klinik pakar tidak berubah dan adalah seperti asal.

"Tiada penambahan waktu operasi dan tiada klinik pakar yang ditutup bagi meneruskan kesinambungan perawatan pesakit luar/ klinik pakar, namun ia beroperasi dengan kawalan

serta langkah pencegahan penularan wabak COVID-19," katanya.

Beliau berkata, pesakit hadir ke klinik pakar atau sebagai pesakit luar yang didapati bergejala akan dirujuk ke Kaunter Saringan Demam di Jabatan Kecemasan.

Katanya, jumlah temujanji pesakit juga dihadkan kurang daripada 50 peratus mengikut jumlah temujanji biasa sebelum COVID-19 dengan cara menukarkan tarikh temujanji atau memanjangkan tarikh temujanji baharu berserta bekalan ubat yang mencukupi.

"Keseluruhan jumlah kedatangan pesakit di semua klinik pakar di 12 hospital kerajaan negeri bermula 1 Mac sehingga 30 April lalu merekodkan seramai 132,045 orang.

"Bagi memastikan murid-murid sekolah mengambil suntikan imunisasi mengikut jadual ketika

PKPB ini, perkhidmatan imunisasi ke atas mereka akan dilaksanakan di fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan, secara berperingkat," katanya.

Sumber : Bharian